Skip to Content

TERMA & SYARAT JAMINAN WARANTI

Terima kasih kerana memilih Mataf Industries (M) Sdn Bhd sebagai penyelesaian peralatan dapur perniagaan anda. Jaminan ini disediakan untuk produk yang dibeli dan tertakluk kepada terma dan syarat berikut:

Terma & Syarat Jaminan

  1. Kegunaan Produk:
    Jaminan ini hanya sah untuk produk BARU yang digunakan dengan cara yang bersesuaian seperti yang diterangkan oleh Jurujual dan Juruteknik kami.
  2. Baik Pulih dan Penggantian:
    Caj akan dikenakan untuk sebarang baik pulih atau penggantian komponen bagi kerosakan yang berlaku selepas baik pulih kali pertama.
  3. Lokasi Pembaikan:
    Pihak syarikat tidak menyediakan perkhidmatan pembaikan, penggantian, atau penyelenggaraan di lokasi pelanggan, kecuali atas sebab-sebab tertentu. Caj pengangkutan akan dikenakan untuk semua perkhidmatan di lokasi.
  4. Pengecualian Pembaikan di Lokasi:
    Mesin tertentu boleh dipertimbangkan untuk pembaikan di lokasi pelanggan jika:

a)     Sesi bantuan teknikal melalui telefon atau video call telah dilakukan, tetapi mesin masih tidak berfungsi dengan baik.

b)     Mesin tidak mempunyai ciri mudah alih.

c)     Mesin mempunyai berat 150kg atau lebih (caj pengangkutan akan dikenakan).

Tempoh Jaminan

  1. Refrigerator (Chiller / Freezer):

·       1 Tahun: Jaminan untuk compressor dan kipas motor sahaja.

·       3 Bulan: Jaminan untuk alat ganti sahaja.

  1. Peralatan Membakar (Baking Equipment):

·       3 Bulan: Jaminan untuk alat ganti sahaja.

  1. Mesin Pemprosesan Makanan (Food Processing Machine):

·       3 Bulan: Jaminan untuk alat ganti sahaja.

  1. Burner Gas / Peralatan Keluli Tahan Karat (Stainless Steel) / Peralatan Plastik:

·       Jaminan terhadap kecacatan pembuatan mesti dituntut dalam tempoh 7 hari selepas penghantaran.

 

Perkara yang Tidak Termasuk Dalam Jaminan

  1. Kerosakan akibat:

·       Serangan serangga perosak, kebakaran, kilat, bencana alam, pencemaran, atau voltan elektrik yang tidak stabil.

·       Penggunaan penjana kuasa yang tidak sesuai.

  1. Produk yang:

·       Diubah suai atau dibaiki oleh pihak ketiga tanpa kebenaran.

·       Disalahguna, diabaikan, terlibat dalam kemalangan, atau dikendalikan bertentangan dengan manual pengguna.

  1. Penggunaan alat ganti atau aksesori yang tidak asli.

Jaminan ini adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang dinyatakan, dan pihak Mataf Industries (M) Sdn Bhd berhak mengubah polisi ini tanpa notis awal. Terima kasih atas kepercayaan anda.